About

Kedai online Selangor Shop diasaskan pada 2hb April 2011 sebagai langkah permulaan untuk kami menceburi bidang perniagaan. Melihat kepada aliran semasa dan peluang yang ada, kami memilih untuk memulakan perniagaan secara online. Pada mulanya Selangor Shop menggunakan nama Kedai Online Khairosma sebelum ditukarkan secara rasmi kepada Selangor Shop pada 1hb Ogos 2015.

Selama lebih lima tahun menjalankan perniagaan secara online, Selangor Shop telah berjaya menarik minat pembeli dari seluruh pelusuk negara. Sehubungan dengan itu, kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi keupayaan Selangor Shop agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan mesra kepada pelanggan.

Antara produk yang dijual di Selangor Shop adalah sabun basuh, oat, generator, canopy, tilam dan bantal kekabu, kelengkapan rumah, serta pelbagai peralatan elektronik seperti pemain mp3, smartphone dan lain-lain lagi. Kami juga sedang menilai produk-produk baru (dari segi kualiti dan harga) untuk disenaraikan di Selangor Shop. Yang pasti kami sentiasa memastikan produk kami mencapai tahap kualiti yang terbaik dengan harga yang lebih murah.

Anda juga boleh datang terus ke Petaling Jaya untuk urusan jual beli.

Lokasi Selangor Shop